mari mengomel

8.12.09

I'm not Superman


Saya sihat, masih hidup dan segalanya okey (agaknya)


Selalu juga baca, tengok tapi tak tinggalkan komentar dekat mana-mana blog kawan-kawan. Dah jadi lebih kurang macam silent reader.

Tapi tak bermakna saya lupakan mana-mana kamu yang sekalian.


Mungkin sekarang lebih aktif di facebook. (err tak juga, setakat update status sahaja, jarang balas komentar T_T).

Bukan tak mahu, tapi ……hmm penggunaan ayat yang tak pasti menjadi penghalang.

(oh..apakah yang aku merepekan?!)


Dan mungkin juga kadar hidup yang dijalani seperti manusia normal yang lain. Apa pun yang terjadi hidup harus diteruskan.

Tapi kadang-kala aku mengharap, people take me as I am.

I’m not Superman! (but sometime I wish I can be…)


Hmm…


Nantilah sambung…


Ps I’m a big girl, In the big world, Is not a big thing if you leave me, But I do feel and I do will, Miss you much……

7.12.09

miss u much !


Lupa terus untuk update….

Hidup macam biasa. Hari-hari biasa. dan kadang kala ada yang luar biasa. Dan musim orang kahwin pun sekarang, jadi macam biasa pergi makan nasi free, rezeki siapa tolak dia yang rugi.

Kedua kawan baik yang mempunyai nama yang sama dengan aku sudah selamat bergelar isteri. Tak lama lagi bergelar mak agaknya. Aku, err tahun depan kot rasanya, kalau ada jodoh...terasa best pula tengok orang pakai cantik-cantik tangkap gambar pastu posing sampai lebih pengantin. Err..itu kes lain. Itu kes pengapit terlampau..hahahah.

Hmm..

Aku sambung nanti. Tengoklah kalau ada angin rajin menghembus kepala.

Dan sekarang aku hendak pergi makan..



2.7.09

nothing is worth more than this day...

Hmm…lama tak up-date.

Penyakit (M) menyerang di kiri dan kanan tak daya aku hendak menepis, jadi dengan langkah tak berdaya aku layan je laa. Tak aku masih berdaya pergi berjalan-jalan sampai terkena virus-virus deman..damit!!

Banyak aktiviti yang buat err dijalankan oleh aku (dan geng separuh sengal). Secara am nya masa lapang sungguh terisi, sehingga aku tak ada masa memikirkan tahap ke-emo-an. Dari aktiviti karaoke sampai hilang suara, berkelah dalam hujan …T_T (asal kelah je hujan…getik la), ber-dating ..;P, dan apa tah aku tak faham.. (patutlah pencapaian umur aku cuma 16 Tahun…yep yep muda 10 tahun).

Apa pun I do miss my blogs ….(tempat aku mencurahkan segala isi hati perut terpendam..cewah!)

By the way, gambar banyak aku up-load di FB, due to selalu fail ketika up-load di Blogspot. Just check it out there.

Errr…and congrats to me, dapat interview di sektor kerajaan (matilah….sebelum ini asyik kutuk gomen). Interview je dulu dapat ke idak le kume tahu. Tapi interview di KL, aku dahlah memang gagal tahap maksima jalanraya di KL, haruslah aku meminta bantuan penduduk kampong sekalian.. : ).

Ohh…silalah saksikan gambar di bawah….



(read this) I'm a big Big Girl, in the Big Big world....T_T...


Bilalah si Tukang Taip akan kurus tahap best ni???!

p/s ohh skil penulisan aku dah kurang baik, kena asah balik.

26.6.09

kisah sibuk, kelakar dan R.I.P MJ...


one of my Fav!!


Saya sangat sibuk, tarak tipu. Hari-hari tidur lewat. Dari kerja hinggalah ke aktivit kerastangan. Biarpun ramai yang ketawakan aku, ye laa aku mana pernah buat kerja-kerja orang-orang pompuan ni..(pakai kain batik pun tak reti) tiba-tiba rajin menjahit...

Chesss.. takpe la korang, aku akan buktikan aku boleh.

Kisah kelakar, korang bayangkan majlis kahwin orang Melayu, orang buat silat ke, joget ke, pantun-pantun ke, ini tidak menari shuffle. Dah lah yang menari budak-budak, pakai seliper.

Dekat Kampung di Kuala Kangsar pula tu. Makcik Pakcik lopong tengok..suka. Mau terbahak aku ketawa..macam apa dah. Sakit pipi, kiri kanan, dah la ramai Makcik (ada juga anak dara) ada penyakit latah. Apa lagi, sakat lah..hahahaha.

Dan terkejut juga MJ dah meninggal, Farah Facweet (aku lupa ejaanya) pun sama. I did enjoy listening to MJ music. Nak buat macam mana, i'm 80's children. But my fav song is, You not Alone. because he sing from his heart. hmmmm. What a great performer!!! Fantastico...

RIP... MJ and Farah, both of you will be miss...

Entry aku pendek sahaja. Bila aku ada masa baru aku cerita panjang-panjang.

P/s - nanti gambar aku post lain kali..

Ciou!

23.6.09

Stand By Me....

Damn! B*tch! Backstabber! F*cking annoying! (care to add on?!)

Gila kentang. rasa hendak cekik-cekik sahaja (rasa tapi tak sampai hati). Tahap bengang, cipan pun kalah! Grrrrr..bertukar menjadi rimau tak berbelang…!

Stop fizzzy, breath in, breath out (rasa hendak menangis..T_T)

Emy….rasaku, rasamu jua, I feel you T_T (big warm hug!)

Ohh..cerita ini biarlah aku simpan sendiri sahaja. Tak terasa hendak berkongsi. Cuma hendak berkongsi tidak kepuasan hati terhadap, beberapa orang, perkara dan tahap kematangan, mentaliti sesetengah manusia yang sanggup membuat apa sahaja untuk kesenangan hati dan perasaan sendiri, dengan menidakan perasaan orang lain.

Lega, dah lepaskan dan luahakan..hahaha!

Fin.

Marilah sama-sama kita mendengarkan lagu ini….Playing For Change – Stand By Me..

This song did bring tears to me…





"Absolutely a gentle moment, pulls a string on your heart....
We all just need a person we can count on......
to stand by us.....or for us to "stand by"......

Peace, Love and No War…"

19.6.09

Surat Untuk Bapak..(Happy Father's Day!)


Saya sayang Bapak, walaupun Bapak tegas satu macam dengan anaknya, tapi dengan cucu-cucunya cair macam Jell-lo terlebih masak.

Saya sayang Bapak, sebab bila Mak marah tak mahu kasi wang FAMA, Bapak akan kasi wang lebih berganda-ganda, kemudian saya akan berkelakuan riak gila barbie dihadapan adik-adik sehingga mereka mengatakan ketidak adilan telah berlaku di dalam rumah.

Pedulik hapa (dengan nada EVIL!)

Saya sayang Bapak, hampir semua kemahuan di turuti, sampai gigi Bapak pun kurang, dan Mak memberontak dengan berkata “Fizah kau pergi kahwin sahajlah, boleh kau kikis wang ringgit suami kamu sahaja”. Chesss.....!!!!

Nak buat macam mana, anak daranya sorang sahaja..layan je. Lagipun dengan siapa lagi patut di curahkan segala wang ringgitnya…

Saya sayang Bapak, walaupun pendapat kita sering berbeza, selalu bertelagah, tidak akan mengalah walaupun dah tahu diri sendiri salah. Rumah sentiasa kecoh dengan suara-suara yang degil……bergaduh.

Banyak perangai yang saya warisi dari Bapak. Dari kedegilan, tak mahu mengaku kalah, sikap berdikari yang tinggi, agak gopoh dan clumsy ..dan entah apa lagi.

Saya cukup sayang dengan Bapak, kerna Bapak adalah Bapak yang unik dan pelik dan tidak ada Bapak yang bersikap seperti Bapak dengan anak-anaknya. Dari suka makan depan TV hinggalah kepada kaki pancing yang tegar sehigga Mak pernah mengamuk dengan mencencang keseluruhan koleksi batang pancing Bapak akibat Bapak pulang lewat dari aktiviti memancing.

Kesian Bapak…….

Bapak, walaupun Bapak tidak pernah menunjukan kasih sayangnya terhadap anak-anaknya, saya tahu Bapak cukup sayang kepada kami tiga beradik. Terutamanya pada aku. Bak kata Mak, engkaulah duri, engkalulah penyeri, tetapi tanpa enkau siapalah kami.

Walaupun saya tahu Bapak tidak membaca blog ini kerna sesungguhnya Bapak sungguh tidak mahir dengan teknologi internet…..

Tetapi ketahuilah, bahawasanya, Encik Ian

Saya bangga menjadi anak Bapak! Kerna Bapaklah yang membetuk saya menjadi seorang anak gadis yang kuat, tegas dan bijak dalam membuat keputusan. Dan Bapaklah yang bertukus kadang-kala macam tak lumus dalam membesarkan kami..(ye laa Mak lagi banyak berkorban dan berpenat lelah..)

Sayang Bapak!

Anakmu-anakmu,

Fizzzy Ian, Aizat Ian dan Ali Ian

18.6.09

Fear less, hope more; eat less, chew more; whine less, breathe more; talk less, say more; hate less, love more; and all good things are yours.


Hasihhh ….tersangat (damn) busy lately…

Busy dengan toyol-toyol kecil, kerja keras tangan, jogging, lepaking,, kerja di pejabat, berbual dalam telefon dan entah apa lagi. Yang pasti, masa aku sangat terisi dengan aktiviti-aktivito, sampai aku tak ada masa hendak fikir tentang ke-emo-an yang datang dengan kadar pasang surut.

Dan aku currently addict dengan lagu-lagu yang berentak agak entahhapehapeentah….

Top 10 songs that I currently addict to :-

1- Be OK- Ingrid Michaelson

Apa pun yang terjadi, aku akan sentiasa OK. Tak kisahlah walaupun ada sekatan dalam hidup macam sotong kurita memeluk kuat kapal di lautan luas, tetapi kapal tetap akan berlayar jua..

2- Give you Hell – The All American Reject

Hahahahaha (gelak dengan kadar Dr. Evil!). Matilah kau…definitely I will hunt you, like Kulitanak Harum Sundal Malam, when you messing around with my life.

3- Yesterday – The Beatles

My all time fav song! and my Bapak’s fav song. Dia teringat time, dia bercintan-cintun dengan Emak. Jiwang seh. Hmm… still thikin what I gonna buy for my Bapak for Father’s day? Instead, he already bought for me new h/phone and gave some pocket money …adoi terasa bersalah pula. (tipu..riak gila happy gila tahap barbie punya..!)

4- Don’t trust Me -3OH!3

Hmm..lagu rentak best, aku suka, tapi lirik agak kurang hajar….next!

5- Somewhere Over The Rainbow

Lagu Oldies yang paling best. Speak through my heart! When trouble melt like a lemon drop….(how I wish …)

6. My Only One – Mocca

Lagu rentak comel...tapi if my Mak don’t like my choice, definitely I will do deep thinking about it…must be something wrong somewhere punya!

7.B*tch- Meredith Brooks

Aku gilakan lagu ini. I thinks it is okey to be b*tch sometimes. (Depends on the situation la). Lagipun lagu ini macam general. Menjadi kegemaran aku untuk menyanyikan di pusat-pusat karaoke!

8. Deeper Conversation –Yuna

Yeah. Kan best..bila ………..(aku rasa setiap orang ada pendapat sendiri)

9. Any songs by Oasis

Tak kisah la lagu Don’t look back in Anger ke, Sad Song, Bitter Sweet Symphony, Wonderwall , All around the World..semua aku suka.

My all time fav bad.. Sebab aku rasa, lagu dan lirik nya, tersangat kena, what a brilliant combination!

10. From Sarah With Love – Sarah Connor

Lagu yang sedih. Mengenai cinta dalam diam. Aku sukakan melodi dan liriknya. Cara nyanyian. Entah apa lagi.

Banyak lagi lagu yang menjadi kegemaran. Sebenarnya penuh dalam MP3 aku lagu-lagu yang pelik. Aku dengar lagu Melayu, ada dalam simpanan. Cuma kurang lekat di hati.

Cukup update untuk hari ini.

Banyak lagi terbekalai. Upload gambar, Edit gambar, tangkap gambar….haishhh banyak gambar yang kena re-touch.

Rasa macam buat kerja multi-taking..tapi aku suka, yang penting aku gembira. Yang lain tolak tepi masuk longkang.

C-Ya!!!!!

p/s – asal update dan tak bersawang udah…:P

 
design by suckmylolly.com