1- sedang syok berbual di kedai mamak, datang sekumpulan MLMlamers dengan beberapa orang lamers wanabe duduk bersembang secara kuat promote barang dirong yang dikira bagus tahap lutut lepas tu siap kata siapa tak join rugi, ini lah me-la-yu tak reti cari untung, tak pandai berniaga....watdehal watdehal...
-hello pakcik dan mokcik if korang kaya kenapa mesti promote barang dekat kedai mamak, come on la pergi la setarbak ka coffeebeng ka. and come on ingat semua orang percaya ke penipuan secara terang-terangang. Mak aku boleh lah korang tipu, kalau aku sila kirim salam naik lori.
ada pernah baca apa jadi dengan AC Mang dengan gelangnya...
2- dan sedang syok berbunga berbual dengan kawan gosip yang lama tak berjumpa... berbunyilah telefon cap iPang. treett..treeett. "hello..hello...Bla..blaa...". dan habis cakap sambung pula berbalas-balas message "ini haa.... anak sedara i buat lawak" he he he he he.
-adoi.... dah macam orang dungu aku tunggu kau habis cakap, ini aku sambung pulak bermain sms. wak lu la. kalau macam ni jangan ajak aku jumpa. malas do'h ! lebih baik duduk rumah uli tepung buat karipap.
3- beli barang 6 item barang dekat CS, dan kemudian beratur untuk bayar dekat fast lane. dah terang- terang tulis " This lane is for purchasing 10 items and below". mula-mula aku perasan Nyonya depan aku cuma pegang dua paket cookies untuk dibayar, lepas tu jeng jeng jeng datang satu troli penuh terus potong depan aku untuk bayar. hampeh.... rupanya dia tolong jaga line untuk kawan dia untuk bayar memandangkan lane lain agak panjang. terjegil juga mata aku. tapi Nyona dua orang tu buat bodoh seh, duk asyik pot pet sesama dirong. nasib baik mamat cashier depan tu handsome. kalau tidak rasanya bertukar jadi Godzila (apa kena mengena handsome dengan sabar pun tak tahu....hemm)
dan masa time dirong nak bayar, cashier tu tengok troli dan terus sound seijik dekat Nyonya dua orang tu "Auntie.. ini lane untuk bayaran 10 item kebawah sahaja, you kena beratur dekat lane lain untuk bayar, dekat papan situ sudah tulis". Aiyoo.. terus tarik muka masam kelat pandang belakang dan cakap dekat aku " hey... why you didn't inform me earlier". aku balas dengan muka senyum " why must i, u already saw the sign right?". dengan muka terkulat muka geram terus blah dari situ sambil heret troli.
- apa kau ingat aku ini kau punya PA semua nak kena inform. blah la !
sebenarnya banyak perkara yang menjekelkan tapi rasanya aku baik berhenti sekarang.
bye for now !